Just wanna to share my itinerary ke Krabi baru-baru ni (22/07/2017-24/07/2017). Untuk money currency sekarang 100 baht = RM 12.75-RM12.80. Mula-mula saya tukar dekat Jusco Seremban 2, 100 baht = RM 12.76. My friends plak tukar di KL, ada dapat 100 baht = RM 12.85 (takingat dia tukar area mana time tu). So untuk money changer ni sila sila lah survey awal-awal and boleh la tukar bila murah hihihi.
Flight sy dari KL (airasia) pada pukul 7.10am sampai 7.35am (waktu thailand). Perjalanan 1 jam 25 minit. Okay untuk korang nak beli simcard, beli lah kt AIS. dia dkt area ruang legar keluar pintu airport tu. Belah kanan korang je, kedai tu warna hijau. Jangan beli kat kiosk-kiosk, mahal gila! Better korang pergi kedai telecommunication betul. Sebelah kedai AIS tu ada juga kedai simcard jugak (warna biru, xingat nama apa). Ala dia lebeh kurang macam kita ade digi, celcom, maxis and so on. Time tu sy ambil internet data just 88 baht utk 3 hari, korang boleh pilih apa plan korang nak and bapa hari.
Settled beli simcard, dekat area situ ada mcm tour agency la. Kami beli pakej dari airport tu je senang, sebab nak sekali amek airport transfer ke hotel terus. time tu korang survey and tawar menawar la. Kami dapat 2100 baht (utk Pakej 1: Full Day & Phi Phi Island) dan juga airport transfer pergi dan balik. Dekat area Aonang beach dengan area hotel korang sbnr banyak je travel agency ni.and saya rasa boleh dapat lagi murah.
Untuk hari pertama, sampai je tu lepas beli pakej. kami amek Pakej 1 : Full Day (10.15am - 5.30 pm). Mula-mula pergi Hot Spring Waterfall, kat sini kolam air panas. Sapa nak mandi tu siap2 lah tukar baju di airport. If taknak rendam je la kaki. Dia berhenti 40-45 minit je setiap tempat. Okay lepas tu gerak ke Emerald Pool (pun sama tempat manda mandi). tapi ktorg dapat lunch sekali sbb dah include dalam pakej. so baru lah berjalan (800m-1000m) ke emerald pool tu. Then pergi ke Tiger Cave Temple, yang ni kira mcm ala-ala batu caves la. korang kena naik tangga lah untuk naik atas. Akhir sekali ke Elephant Safari just dapat naik elephant trekking dan juga tgk shows. Seriously dari satu tempat ke satu tempat memang jauh, dan aktiviti ni banyak berjalan so agak penat. hihihi.
Hot spring waterfalls
Emerald pool
Emerald pools
Tiger cave temple
Elephant trekking
Disebabkan ktorg duduk di Aonang so nak jugak merasa ke krabi town kan, sebabnya hujung minggu diorang de night market. Dr aonang kitaorang naik tuktuk, pergi balik just 200 baht. Kt sne sng je cari makanan halal tapi berhati-hati. and dont forget to try BANANA PANCAKE ! its super delicious.
Ohh, lupa. Jangan lupa bawak tudung yang takpayah nak iron sebab most of hotel tak ada iron. time tu saya duduk di Aree Tara Resort, pon tak de iron. dan juga jangan lupa bawak international adapter charger.
Have fun guys! sorry takbanyak ambil gambar.
No comments:
Post a Comment